Sign In

Announcements

Title

MINISTRY OF EDUCATION BERTADARUS CEREMONY IN CONJUNCTION WITH THE MONTH OF RAMADAN FOR THE YEAR 1445H / 2024M

Body

​

MINISTRY OF EDUCATION BERTADARUS CEREMONY

IN CONJUNCTION WITH THE MONTH OF RAMADAN FOR THE YEAR 1445H / 2024M

Saturday, 12 Ramadan 1445H / 23 March 2024M

 

KILANAS – The Ministry of Education through the Examinations Department in collaboration with the Education Technology Centre and the National Education Council Secretariat today held a Bertadarus Ceremony in conjunction with the month of Ramadan at the Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Kampung Bebatik, Kilanas Mosque.

 

Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Permanent Secretary (Higher Education) at the Ministry of Education, Brunei Darussalam.

 

The event started with the presentation of waqaf, in the form of two Skyworth Television 55 inches, two Air Purifiers, one Chain Saw Machine and one heavy duty Vacuum Cleaner by the Guest of Honor to Yang Mulia Awang Adee Aiman bin Haji Muhidin, Head of Imam of the Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Kampung Bebatik Mosque followed by the Bertadarus Ceremony and concluded with the recital of a doa to bless the event led by the Head of Imam of the Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Kampung Bebatik Mosque.

 

The event is one of the annual activities of the Ministry of Education and its departments to further enliven the month of Ramadan and as a means to enhance the practice of worship and strengthen the ties among the officials and employees.

 

Also present during the event were Rector, Deputy Permanent Secretary, heads of departments, senior officials, officers and staffs of the Ministry of Education as well as residents from the surrounding villages.


______________________________


MAJLIS BERTADARUS KEMENTERIAN PENDIDIKAN SEMPENA BULAN RAMADAN

TAHUN 1445H/ 2024M

Hari Sabtu, 12 Ramadan 1445H / 23 Mac 2024M

 
KILANAS – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Peperiksaan dengan kerjasama Pusat Teknologi Pendidikan dan Urus Setia Majlis Pelajaran Kebangsaan pada hari ini telah mengadakan Majlis Bertadarus sempena Bulan Ramadan yang berlangsung di Masjid Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Kampung Bebatik, Kilanas.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

 

Acara dimulakan dengan penyampaian wakaf berupa dua (02) buah televisyen Skyworth 55 inci, dua (02) unit Air Purifier, satu (01) buah mesin Chain Saw dan satu (01) buah Vacuum Cleaner berkuasa tinggi yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat kepada Yang Mulia Awang Adee Aiman bin Haji Muhidin, Ketua Imam Masjid Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Kampung Bebatik dan diikuti dengan Majlis Bertadarus serta diakhiri dengan doa bagi memberkati majlis yang diketuai oleh Imam Masjid Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Kampung Bebatik.

 

Majlis seumpama ini merupakan salah satu aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan dan jabatan-jabatan di bawahnya bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadan dan sebagai wadah dalam meningkatkan amal ibadat serta mengeratkan silaturahim sesama pegawai dan kakitangan.

 

Turut hadir di majlis tersebut ialah Rektor, Timbalan Setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan beserta penduduk kampung sekitarnya.



Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2024/041 (M)

Tarikh: 12 Ramadan 1445H / 23 Mac 2024M​


Attachments
Created at 3/23/2024 3:54 PM by Nur Ar Mardhiah Binti Hj Mohd Akin
Last modified at 3/23/2024 4:53 PM by Nur Ar Mardhiah Binti Hj Mohd Akin