Sign In

Announcements

Title

Virtual Donation Handover Ceremony

Body

Ministry of Education, Berakas / Saturday, 25 September 2021 The Ministry of Education today held a virtual Donation Handover Ceremony.


The event was held as an appreciation to the contributors for supporting online learning initiatives specifically for students in need.


Virtual Donation Handover Ceremony.jpg


Present as the Guest of Honor to witness the donations was Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Deputy Minister of Education.


The ceremony began with a recitation of Surah Al-Fatihah and Doa Selamat followed by a speech by Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Hj Tajuddin, Permanent Secretary (Core Education), Ministry of Education. The ceremony continued with the virtual presentation of donations by the contributors.


Contributions in the form of 30 laptops were received from the Permanent Secretaries and Deputy Permanent Secretaries group, 100 laptops from Brunei Shell Petroleum Sdn. Bhd and 5 laptops from the Office of the Permanent Secretary and Deputy Permanent Secretary (Higher Education), Ministry of Education.


The Ministry of Education also received donations in the form of tablets and sim cards. A total of 78 tablets were received from Dynamik Technologies Sdn. Bhd. and Progresif Sdn. Bhd. through the ‘Goals for Education’ campaign and 50 sim cards from Imagine Sdn. Bhd.


Among those present to witness the ceremony were Permanent Secretaries, Deputy Permanent Secretaries, Acting Chief Executive of Info-Communication Technology Industry Authority (AITI), Heads of Departments and senior officers, Ministry of Education. The ceremony was also attended by representatives of the contributors, namely the Managing Director of Brunei Shell Petroleum Sdn. Bhd., Chief Executive Officer of Dynamik Technologies Sdn Bhd, Chief Executive Officer of Progresif Sdn Bhd. and Chief Executive Officer of Imagine Sdn. Bhd. 


The Device Donation Campaign is opened to public until 30 September 2021. Donations can be sent to the Department of Co-Curriculum Education, Lambak Kanan located at Jalan 10, Kg. Perpindahan Lambak Kanan, Berakas or Pusat Tingkatan Enam Tutong from 8:30 to 11:30 am daily, except every Friday, Sunday and public holiday.


For more information, please contact the Ministry of Education at +673-7163184 / AITI at +673- 8198404 during office hours or via email to info.dcce@moe.gov.bn or visit the Ministry of Education website at www.moe.gov.bn. 


_____________________________________________________________________________________


Kementerian Pendidikan, Berakas / Sabtu, 25 September 2021 Kementerian Pendidikan pada hari ini telah mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan yang diadakan secara maya (virtual).


Majlis ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada penyumbang-penyumbang dalam menyokong inisiatif pembelajaran dalam talian (online learning) khusus bagi pelajar-pelajar yang memerlukan.


Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis bagi menyaksikan sumbangan ialah Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Timbalan Menteri Pendidikan.


Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat serta diikuti dengan ucapan daripada Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Hj Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan. Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan yang diadakan secara maya oleh para penyumbang.


Sumbangan berupa komputer riba sebanyak 30 buah telah diterima daripada kumpulan Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, 100 buah daripada Brunei Shell Petroleum Sdn. Bhd dan 5 buah daripada Pejabat Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan.


Kementerian Pendidikan juga menerima sumbangan berupa tablet dan kad sim, sebanyak 78 buah tablet daripada Dynamik Technologies Sdn. Bhd. dan Progresif Sdn. Bhd. melalui inisiatif kempen ‘Goals for Education’ dan 50 kad sim daripada Imagine Sdn. Bhd.


Antara yang hadir bagi menyaksikan majlis tersebut ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan- Timbalan Setiausaha Tetap, Pemangku Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info- Komunikasi (AITI), Ketua-Ketua Jabatan serta pegawai-pegawai kanan, Kementerian Pendidikan.


Majlis juga dihadiri oleh wakil-wakil penyumbang iaitu Pengarah Urusan Brunei Shell Petroleum Sdn. Bhd., Ketua Pegawai Eksekutif Dynamik Technologies Sdn Bhd, Ketua Pegawai Eksekutif Progresif Sdn Bhd. dan Ketua Pegawai Eksekutif Imagine Sdn. Bhd.


Kempen Sumbangan masih dibukakan kepada orang ramai sehingga 30 September 2021. Sumbangan boleh disalurkan di Jabatan Pendidikan Kokurikulum Lambak Kanan bertempat di Jalan 10, Kampong Perpindahan Lambak Kanan, Berakas atau di Pusat Tingkatan Enam Tutong dari jam 8:30 hingga 11:30 pagi pada setiap hari kecuali Jumaat, Ahad dan hari-hari kelepasan awam.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak Kementerian Pendidikan di talian +673-7163184 / pihak AITI di talian +673-8198404 semasa waktu bekerja atau melalui emel ke info.dcce@moe.gov.bn atau melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan di www.moe.gov.bn. 


Attachments
Created at 9/25/2021 3:30 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof
Last modified at 9/27/2021 9:54 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof