In addition, the discussion also seeks to mobilize stakeholders’ ambition, action, solutions and solidarity as a whole of nation approach to deliver on existing commitments to ensure quality education and lifelong learning is accessible to all and support for teachers and their teaching profession.
The session ended with a closing remark by Yang Mulia Dr. Chin Wei Keh, Deputy Permanent Secretary (Higher Education), Ministry of Education as Co-Lead Facilitator of the consultation session.
SESI KONSULTASI KEBANGSAAN PENGLIBATAN PIHAK BERKEPENTINGAN BAGI TRANSFORMING EDUCATION SUMMIT 2022 Hari Sabtu, 8 Muharram 1444H/6 Ogos 2022M
Bandar Seri Begawan – Kementerian Pendidikan telah mengadakan Sesi Konsultasi Kebangsaan Penglibatan Pihak Berkepentingan bagi Transforming Education Summit 2022 pada hari ini. Seramai 90 orang peserta yang terdiri daripada pihak berkepentingan daripada pelbagai agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGOs), pelajar-pelajar, para belia serta ahli-ahli persatuan masyarakat menghadiri sesi konsultasi yang berlangsung di Ruang, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Sesi dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan selaku Setiausaha Agung, Suruhanjaya Kebangsaan Negara Brunei Darussalam bagi UNESCO, serta Pengerusi Bersama dan Ketua Fasilitator sesi konsultasi.
Dalam menyedari bahawa pendidikan adalah dianggap sebagai komoditi asas dan umum yang perlu bagi pembangunan mampan dunia (world sustainable development), sesi konsultasi ini bertujuan untuk melibatkan pihak berkepentingan dalam pertukaran idea dan pengetahuan untuk memperbaharui komitmen global kita terhadap pendidikan. Ini turut mengenalpasti ianya sebagai kepentingan awam yang utama serta membentuk masa depan masyarakat melalui transformasi pendidikan. Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), keperluan transformasi pendidikan ini telah menjadi semakin ketara berikutan impak COVID-19 kepada pendidikan yang meningkatkan ketidaksamaan dalam pendidikan global. Semasa sesi itu, pihak berkepentingan membincangkan 5 trek tindakan tematik (i) Sekolah Inklusif, Saksama, Selamat dan Sihat; (ii) Pembelajaran dan Kemahiran Bagi Kehidupan, Pekerjaan dan Pembangunan yang Mampan; (iii) Guru, Pengajaran dan Profesyen Perguruan; (iv) Pembelajaran Digital dan Transformasi; dan (v) Pembiayaan Pendidikan. Kelima-lima trek berkenaan adalah bidang yang memerlukan perhatian dan tindakan bagi mempercepatkan
kemajuan dalam pendidikan dan Agenda 2030. Sesi konsultasi itu juga dianjurkan sekitar empat komponen; (a) Memastikan pemulihan sepenuhnya daripada gangguan terhadap Pendidikan disebabkan oleh COVID-19; (b) Mengenal pasti transformasi strategik yang utama dan penggerak untuk menggambarkan semula pendidikan abad ke-21; (c) Memastikan pembiayaan awam pendidikan diperkukuh dan lebih mampan dan (d) Meningkatkan sasaran dan penanda aras pendidikan negara.
Di samping itu, sesi konsultasi juga bertujuan untuk mendorong hasrat, tindakan, penyelesaian dan perpaduan pihak berkepentingan sebagai pendekatan seluruh negara untuk melaksanakan komitmen-komitmen yang sedia ada bagi memastikan peluang yang sama dalam pendidikan berkualiti dan pembelajaran sepanjang hayat serta sokongan kepada guru dan profesyen perguruan mereka.
Sesi diakhiri dengan ucapan penutup yang disampaikan oleh Yang Mulia Dr. Chin Wei Keh, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan selaku Ketua Fasilitator Bersama bagi sesi konsultasi berkenaan.