Sign In

Skip Navigation LinksBahagian Komunikasi Korporat

*HALAMAN INI SEDANG DALAM PROSES PENGEMASKINIAN*

Visi
Agensi perhubungan yang dinamik dan proaktif ke arah imej korporat yang berprestij bagi Kementerian Pendidikan


Misi
Mengukuhkan pelaksanaan strategi komunikasi korporat menerusi pendekatan seluruh-organisasi


Pendahuluan
​Ketua
Yang Mulia Haji Azrul Melda bin Dato Paduka Haji Abu Bakar (Pemangku)​
​Alamat​​Tingkat 2, Blok A
Bangunan Lama Kementerian Pendidikan
Berakas BB3510
Brunei Darussalam
Hubungi​Tel. No.: +673 2381303 
Fax No.: +673 2380703
Emel: feedback@moe.gov.bn
Facebook: Ministry of Education Brunei Darussalam
Instagram: @moe_Brunei
Twitter: MoEducation Brunei


​Objektif
Sebagai sebuah organisasi yang berperanan sebagai penggerak utama untuk memastikan kelancaran dalam pelaksanaan inisiatif-inisiatif Kementerian Pendidikan melalui keberkesanan komunikasi dan memfokuskan kepada nilai-nilai teras berkenaan dalam Bahagian.​


​Fungsi

  • Mengeluarkan kenyataan/ maklumat rasmi mengenai kegiatan/majlis di peringkat kementerian serta permakluman dasar/ polisi Kementerian Pendidikan
  • Menguruskan liputan media bagi acara-acara/ majlis-majlis di peringkat Kementerian Pendidikan
  • Mengumpul, menyusun dan menerbitkan bahan-bahan cetak Kementerian Pendidikan seperti lembar fakta, brosur, kalender tahunan, poster dan sebagainya untuk pemberigaan dan kegunaan umum/ kumpulan sasaran tertentu
  • Mengeluarkan bahan media seperti audio dan video pendek bagi menyampaikan mesej di peringkat Kementerian Pendidikan
  • Sebagai campian bidang fokus pemboleh berjalin (cross-cutting enabler) dalam inisiatif pendidikan rendah dan menengah
  • Mengadakan lawatan/ menyertai lawatan korporat ke inistitusi-institusi pendidikan
  • Membuat penggambaran, liputan berita dan kenyataan akhbar mengenai lawatan kerja, mesyuarat dan persidangan yang dihadiri oleh Menteri Pendidikan, Timbalan Menteri Pendidikan, Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap dan Ketua Pengarah Pendidikan (tertakluk kepada keperluan)
  • Pengurusan krisis atau isu dan memantau isu-isu yang berbangkit dari pihak awam yang berkepentingan yang bersangkut paut dengan Kementerian Pendidikan melalui pelbagai saluran (akhbar, media sosial, telefon dan perjumpaan secara individu)
  • Menyalurkan dan membantu menyediakan maklum-balas dan jawapan terhadap komen-komen dan aduan-aduan orang ramai sama ada melalui media sosial, berita akhbar dan secara perjumpaan individu. Menyediakan maklumat yang betul terhadap berita dan maklumat kegiatan Kementerian Pendidikan yang kurang tepat
  • Mengemaskini isi kandungan media baru Kementerian Pendidikan seperti Facebook, Twitter, Instagram dan portal rasmi Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  • Menyelaras keperluan bagi temubual Menteri Pendidikan, Timbalan Menteri Pendidikan dan pihak berkaitan bersama pihak media yang dibenarkan, dan bila diperlukan. Menyediakan respon bagi sesi temubual Menteri Pendidikan bagi sesi temubual bersama media (dalam atau luar Negara)
  • Mengumpul, menyusun dan menerbitkan buku himpunan teks ucapan Menteri Pendidikan dan Timbalan Menteri Pendidikan untuk simpanan dan bahan rujukan warga Kementerian Pendidikan dan orang awam

Unit Pentadbiran

  • Bertanggungjawab dalam mentadbir dan mengurus hal ehwal pegawai dan kakitangan.
  • Mengurus dan mentadbir peruntukan bahagian dengan teratur dan pada tahap yang optima.
  • Merancang dan menguruskan hal ehwal perkembangan sumber tenaga manusia seperti mengenalpasti keperluan latihan-latihan kemahiran bagi pegawai-pegawai dan kakitangan.

Unit Penyelidikan Dan Perancangan

  • Menyelaras dan merekod jadual bagi acara/ majlis yang melibatkan dan dikendalikan Jabatan, Bahagian, Unit, Institusi-Institusi Pendidikan dan Sekolah-Sekolah di Kementerian Pendidikan.
  • Menkatalog dan menyimpan secara teratur bahan-bahan foto, audio dan video keluaran Kementerian Pendidikan dan bahan-bahan atas talian (foto dan video) berkaitan pendidikan di Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Pendidikan yang dikesan di media baru.
  • Membuat penyelidikan terhadap keberkesanan/ potensi isu (pre-empting public mood) daripada kumpulan sasaran yang dihasratkan serta mengenalpasti keberadaan Kementerian Pendidikan/ profesyen pendidikan/ sektor pendidikan di kaca mata kumpulan sasaran.
  • Menyediakan pangkalan data bagi isu-isu dan/ atau aduan berkaitan Kementerian Pendidikan melalui pelbagai saluran (media cetak, emel rasmi Kementerian Pendidikan, media sosial), aduan bersemuka, telefon dan lain-lain saluran.
  • Membuat pemantauan terhadap keberkesanan bahan komunikasi kepada kumpulan sasaran yang dihasratkan serta mengenalpasti keberadaan Kementerian Pendidikan/ profesyen pendidikan/ sektor pendidikan di kaca mata kumpulan sasaran.
  • Membuat perancangan strategik bagi unit-unit lain ke arah mencapai matlamat visi dan misi Kementerian Pendidikan, termasuk pemantauan Key Deliveries, Key Performance Indicators dan pelaksanaan Pelan Strategik Bahagian.
  • Merancang strategi-strategi komunikasi bagi inisiatif-inisiatif Kementerian Pendidikan secara dalaman dan luaran termasuk peringkat sekolah-sekolah serta pihak-pihak berkepentingan.
  • Merancang bengkel/taklimat bagi keperluan pengurusan komunikasi bagi Ketua-Ketua Jabatan di Kementerian Pendidikan, pegawai/tenaga kerja di sekolah-sekolah serta pelajar-pelajar.
  • Pengurusan dan komunikasi krisis yang bersangkut paut dengan Kementerian Pendidikan.
  • Merancang dan menyelaras bahan-bahan dan rencana khas berkaitan inisiatif-inisiatif pendidikan sebagai bahan promo dan publisiti dengan usahasama pihak media (Radio Televisyen Brunei [TV dan Radio], Kristal FM, media atas talian [The Bruneian, New Brunei Daily, dll.], media cetak (Pelita Brunei, Borneo Bulletin [Spectrum], Media Permata, dll.]) bagi rancangan-rancangan atau paparan pendidikan.
  • Menyelaras keperluan bagi temu bual Menteri Pendidikan, Timbalan Menteri Pendidikan dan pihak berkaitan bersama pihak media yang dibenarkan, dan bila diperlukan. 


Unit Pelaksanaan Komunikasi

  • Melaksanakan strategi-strategi komunikasi bagi inisiatif-inisiatif Kementerian Pendidikan secara dalaman dan luaran termasuk peringkat sekolah-sekolah serta pihak-pihak berkepentingan.
  • Mengemaskini, mengawal dan menguruskan maklumat-maklumat yang dimuat naik ke laman web rasmi Kementerian Pendidikan, seterusnya bertanggungjawab bagi mengemaskini (redesign) reka bentuk laman web sesuai kehendak semasa.
  • Mengemaskini dan merancang keperluan bagi isi kandungan media sosial Kementerian Pendidikan seperti Facebook, Twitter, Instagram.
  • Mengurus dan menyelenggara Sistem Pengurusan Maklumat seperti mengawal aktiviti dan menguruskan maklumat-maklumat yang dimuat naik ke laman-laman web sekolah-sekolah kerajaan serta platform Teachers, School Leaders dan Students Lounge.
  • Menyediakan dan menghasilkan bahan-bahan yang bermaklumat seperti video, audio dan poster (digital) berkaitan inisiatif pendidikan sebagai bahan promo dan publisiti.
  • Menyediakan artikel dan rencana khas berkaitan inisiatif-inisiatif pendidikan sebagai bahan promo dan publisiti untuk diterbitkan melalui platform dalam talian Kementerian Pendidikan (Laman web, Teachers Lounge, School Leaders Lounge dan Student Lounge) dan media cetak (Pelita Brunei, Borneo Bulletin [Spectrum], Media Permata, dll)
  • Menyediakan dan mengeluarkan kenyataan/maklumat rasmi melalui saluran media rasmi Kementerian Pendidikan dan media massa mengenai kegiatan/majlis di peringkat kementerian serta permakluman dasar/ polisi Kementerian Pendidikan.
  • Meneliti Siaran Akhbar yang disediakan oleh jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pendidikan untuk mendapatkan pengesahan Timbalan Setiausaha Tetap/Setiausaha Tetap sebelum diterbitkan di laman web kementerian atau terbitan media.
  • Menyalurkan dan membantu menyediakan maklum-balas dan jawapan terhadap komen-komen dan aduan-aduan orang ramai sama ada melalui media sosial, berita akhbar dan perjumpaan bersemuka.
  • Membuat liputan foto pegun/video bagi acara, lawatan kerja, kunjungan muhibbah, mesyuarat dan persidangan yang dihadiri oleh Menteri Pendidikan, Timbalan Menteri Pendidikan, Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap dan Ketua Pengarah Pendidikan (tertakluk kepada keperluan) dan penggambaran khas seperti jawatankuasa-jawatankuasa peringkat Kebangsaan.
  • Menjemput/menguruskan liputan media bagi acara/majlis di peringkat Kementerian Pendidikan dan memantau liputan-liputan media yang dikendalikan di peringkat jabatan dan sekolah-sekolah.
  • Membuat liputan media bagi acara-acara yang dikendalikan oleh pihak Kementerian Pendidikan.
  • Melaksanakan bengkel/taklimat bagi keperluan komunikasi media untuk Ketua-Ketua Jabatan di Kementerian Pendidikan, pegawai, pemimpin sekolah dan tenaga kerja di sekolah-sekolah serta pelajar-pelajar yang mengikuti acara kebangsaan, serantau dan antarabangsa yang berkemungkinan menghadapi pihak media.
  • Mengadakan dan menguruskan sesi-sesi dialog (Stakeholder Engagement) bersama pihak-pihak berkepentingan seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Pemimpin-pemimpin masyarakat dan pihak-pihak sektor swasta mengenai dengan inisiatif-inisiatif Kementerian Pendidikan.
  • Menghasilkan bahan-bahan terbitan.



​Unit

Unit Pentadbiran

  • Pentadbiran
  • Kewangan

Unit Penyelidikan Dan Perancangan

  • Penyelidikan
  • Perancangan Strategik
  • Pengukuran dan Penilaian

Unit Pelaksanaan Komunikasi

  • Komunikasi Dalam
  • Komunikasi Luaran


​Struktur Organisasi
-Akan dikemaskini​ -
*Dikemaskini 28/07/2021