Sign In

Skip Navigation LinksBahagian Perhubungan Antarabangsa


Visi

Menjadi Penghubung Antarabangsa yang Efisien bagi Meningkatkan Sistem Pendidikan Negara

Misi

Ke Arah Pengurusan Yang Berkesan Dalam Penyediaan Khidmat Pengantarabangsaan


Huraian

Bahagian Perhubungan Antarabangsa terdiri dari seorang (01) Ketua Bahagian dan enam (06) Pegawai Meja Antarabangsa serta dibantu oleh tiga (03) orang kakitangan.

Bahagian Perhubungan Antarabangsa bertanggungjawab dalam menyediakan rancangan kerja tahunan di luar negeri serta meneliti, melaksana, memantau perkembangan dan melaporkan apa jua program, projek dan aktiviti yang disertai atau dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan selaku ahli kepada pertubuhan serantau dan antarabangsa. 

Penglibatan Kementerian Pendidikan di peringkat serantau dan antarabangsa ini adalah bertujuan untuk memperkembang-majukan sistem pendidikan dan mempertingkatkan kualiti pendidikan negara selaras dengan kehendak Wawasan Negara 2035 dan Pelan Strategik Kementerian Pendidikan 2018-2022.

Pendahuluan
Ketua
Yang Mulia Pengiran Haji Ahmad Masudwardi Aidil-Fitri bin Pg Haji Daud (Pemangku)
AlamatTingkat 2, Blok A
Kementerian Pendidikan
Jalan Airport Lama
Berakas BB3510
Brunei Darussalam
Nombor TelefonTel no. (General) :+673 238 1256
Tel no                    :+673 2381133 ext 1209/1210
Fax no                   :+673 238 0703


Objektif
  • Mempertingkatkan, memperkukuhkan dan mengeratkan persahabatan, hubungan diplomatik dan kerjasama dibidang pendidikan bersama negara-negara serantau dan antarabangsa.
  • Mempelajari dan berkongsi maklumat serta pengalaman mengenai strategi-strategi yang berkesan, projek-projek dan amalan-amalan terbaik dalam bidang pendidikan.
  • Membantu dalam pembentukan dan pengemaskinikan peraturan dan polisi pendidikan negara agar ianya setaraf dengan piawaian / standard peraturan dan polisi pendidikan yang terdapat di negara-negara maju.

Fungsi

UHEA bertanggungjawab terhadap aktiviti-aktiviti secara dua hala (bilateral) dan pelbagai hala (multilateral) di peringkat serantau dan antarabangsa seperti berikut:

1. Menyediakan dan mengkordinasi rancangan kerja dan komitmen di luar negeri bagi Menteri Pendidikan, Timbalan Menteri Pendidikan, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan Ketua Pengarah Pendidikan.

2. Mengkordinasi lawatan kerja tetamu-tetamu Kementerian Pendidikan dari luar negara khususnya bagi peringkat Menteri, Timbalan Menteri dan pegawai-pegawai tinggi pendidikan dan juga bukan pendidikan.  

3. Mengkordinasi dan memantau penglibatan negara dalam projek-projek, program-program dan aktiviti-aktiviti kerjasama di bidang pendidikan di antara Negara Brunei Darussalam dengan negara-negara sahabat, dan juga yang dianjurkan oleh pertubuhan-pertubahan serantau dan antarabangsa seperti ASEAN, SEAMEO, UNESCO, ISESCO, COMMONWEALTH, ASEM, APEC, United Nations rakan-rakan dialog dan konsultasi, badan-badan sektoral dan sebagainya.

4. Penyediaan maklumat dan data berupa kertas posisi negara (country position paper), kertas kerja (working paper), tajuk-tajuk dan kandungan perbincangan dan percakapan (talking points), hubungan kerjasama di bidang pendidikan secara bilateral bersama negara-negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan NBD, dan lain-lain pengurusan untuk kegunaan mesyuarat, perjumpaan, perbincangan dan perancangan kerjasama di peringkat serantau dan antarabangasa.   

5. Mengkordinasi proses penandatanganan memorandum persefahaman (Memorandum of Understanding) dan surat perjanjian (Letter of Agreement) di bidang pendidikan dengan Kementerian-Kementerian / Kerajaan-Kerajaan luar negara, institusi-institusi dan agensi-agensi pendidikan serantau dan antarabangsa.

6. Mengkordinasi dan memantau perlaksanaan projek-projek pendidikan yang diluluskan semasa mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama (Joint Working Group) sepertimana mengikut syarat-syarat yang terkandung dalam dokumen atau memorandum persefahaman / surat perjanjian kerjasama yang telah ditandatangani.

7. Selaku Sekretariat kepada Suruhanjaya Kebangsaan Negara Brunei Darussalam bagi UNESCO yang berperanan untuk merancang dan mengkordinasi mesyuarat-mesyuarat dan program-program latihan dengan kerjasama Ibu-Pejabat UNESCO dan Pejabat Perwakilan Tetap Negara Brunei Darussalam ke UNESCO di Paris, Perancis, Pejabat-Pejabat UNESCO di Bangkok dan Jakarta, dan lain-lain pejabat Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO di rantau Asia-Pasifik.

8. Membuat penyelidikan dan pengkajian berhubung dengan program-program, projek-projek dan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di peringkat serantau dan antarabangsa yang disertai oleh Kementerian Pendidikan.

9. Mengumpul, menganalisa dan merumus laporan-laporan dan dokumen-dokumen mesyuarat, persidangan, forum, seminar, bengkel dan sebagainya yang diterima dari pelbagai organisasi, institusi dan agensi luar negara seterusnya mengagihkan dan mengongsikannya untuk makluman, rujukan serta diambil tindakan yang bersesuaian mengenainya oleh jabatan-jabatan, bahagian-bahagian, unit-unit, institusi-institusi pengajian tinggi di Kementerian Pendidikan dan juga lain-lain Jabatan dan Kementerian.


Struktur Organisasi
org structure (UHEA)(malay)png.png

Penglibatan Kementerian Pendidikan Diperingkat Serantau dan Antarabangsa
  • ASSOCIATION OF SOUTHEAST ASIAN NATION (ASEAN)

    • ASEAN Ministers of Education Meeting (ASED)
    • ASEAN Plus Three Ministers of Education Meeting (ASED+3)
    • ASEAN East Asia Summit Education Ministers Meeting + (EAS EMM)
    • ASEAN Senior Officials Meeting on Education (ASEAN SOM-ED)
    • ASEAN Plus Three Senior Officials Meeting on Education (ASEAN SOM-ED+3)
    • ASEAN East Asia Summit Senior Officials Meeting on Education (ASEAN EAS SOM-ED)
    • ASEAN + Gulf Cooperation Council (GCC) Consultative Meeting
    • ASEAN University Network (AUN)
    • ASEAN University Network/Southeast Asia Engineering Education Development Network (AUN/SEED-Net)

    ASEAN Projects:

    i. ASEAN Workplan on Education 2016-2020
    ii. ASEAN Plus Three Plan of Actions 2018-2022
SOUTHEAST ASIAN MINISTERS OF EDUCATION ORGANIZATION (SEAMEO)

a)      Southeast Asian Ministers of Education Council Conference (SEAMEC)
b)      SEAMEO High Officials Meeting (SEAMEO-HOM)
c)      SEAMEO Executive Committee Meeting (SEAMEO-EXCO)

SEAMEO Regional Network/ Centres

Brunei Darussalam
1. SEAMEO Regional Centre for Vocational and Technical Education (VOCTECH)

Cambodia
2. SEAMEO Regional Centre for Technical Education Development

Indonesia
3. SEAMEO Regional Centre for Tropical Biology (BIOTROP)
4. SEAMEO Regional Centre for Quality Improvement of Teachers and Education Personnel in Language (QITEP in Language)
5. SEAMEO Regional Centre for Quality Improvement of Teachers and Education Personnel in Science (QITEP in Science)
6. SEAMEO Regional Centre for Quality Improvement of Teachers and Education Personnel in Mathematics (QITEP in Mathematics)
7. SEAMEO Regional Centre for Food and Nutrition (RECFON)
8. SEAMEO Regional Open Learning Centre (SEAMOLEC)
9. SEAMEO Regional Centre for Early Childhood Care Education and Parenting (CECCEP)

Malaysia
10. SEAMEO Regional Centre for Education in Science and Mathematics (RECSAM)
11. SEAMEO TROPMED Regional Centre for Microbiology, Parasitology and Entomology (TROPMED Malaysia)
12. SEAMEO Regional Centre for Special Education (SEN)

Philippines
13. SEAMEO Regional Centre for Educational Innovation and Technology (INNOTECH)
14. SEAMEO Regional Centre for Graduate Study and Research in Agriculture (SEARCA)
15. SEAMEO TROPMED Regional Centre for Public Health (TROPMED Philippines

Singapore
16. SEAMEO Regional Language Centre (RELC)

Thailand
17. SEAMEO Regional Centre for Higher Education and Development (RIHED)
18. SEAMEO Regional Centre for Archaeology and Fine Arts (SPAFA)
19. SEAMEO Regional Tropical Medicine and Public Health Network (TROPMED-Network)
20. SEAMEO TROPMED Regional Centre for Tropical Medicine (TROPMED Thailand)
 
Vietnam
21. SEAMEO Regional Training Centre (RETRAC)
22. SEAMEO Regional Centre for Lifelong Learning (CELLL) 
23. SEAMEO Regional Centre for Community Education Development (CED)

Myanmar
24. SEAMEO Regional Centre for History and Tradition (CHAT) 

SEAMEO Projects:
  • SEAMEO-ASEAN Collaboration Project
  • SEAMEO-UNESCO Collaboration Project
  • SEAMEO College Project
  • SEAMEO Project-Australia Press Award / Education Link Award

UNITED NATIONS EDUCATIONAL, SCIENTIFIC AND CULTURAL ORGANIZATION (UNESCO)

  • UNESCO General Conference
  • UNESCO Conferences (Basic Education & Higher Education)
  • UNESCO Regional Office, Jakarta, Indonesia (regional meetings and trainings)
  • UNESCO Regional Office, Bangkok, Thailand (regional meetings and trainings)
  • UNESCO Institute of Statistics 

ISLAMIC EDUCATIONAL, SCIENTIFIC AND CULTURAL ORGANIZATION (ISESCO)

  • ISESCO General Conference
  • ISESCO Executive Council Meeting
  • Islamic Conference of Ministers of Higher Education and Scientific Research (ICMHESR)
  • Islamic Conference of Ministers of Education

THE COMMONWEALTH

  • Conference of Commonwealth Education Ministers (CCEM)
  • Commonwealth of Learning (COL)
  • Commonwealth Small States

ASIA PACIFIC ECONOMIC COOPERATION (APEC)

  • APEC Education Ministerial Meeting (AEMM)
  • APEC Human Resource Development Working Group Meeting (HRDWG

ASIA-EUROPE MEETING OF MINISTERS OF EDUCATION (ASEMME)

  • Asia-Europe Meeting of Ministers of Education (ASEMME)
  • ASEMME Senior Officials Meeting (ASEMME SOM)
  • ASEM Education and Research Hub for Lifelong Learning
  • ASEM Working Group on Innovative Competences and Entrepreneurship
UNITED NATIONS (Geneva, Switzerland)

  • Universal Periodic Review (UPR) for Brunei Darussalam
  • Working Group to Monitor Progress of the Recommendations of the 1st/2nd Cycle of Universal Periodic Review
  • Committee on the Elimination of Discrimination against Women (CEDAW)

Program Kumpulan Kerja Bersama
Antara Kumpulan Kerja Bersama yang diikuti oleh Kementerian Pendidikan;

Singapore       (Kementerian Pendidikan – Pendidikan Teras dan Pengajian Tinggi)

Thailand         (Kementerian Pendidikan – Pendidikan Teras dan Pengajian Tinggi)

Malaysia         (Kementerian Pendidikan – Pendidikan Teras dan Pengajian Tinggi)

Qatar               (Kementerian Pendidikan – Pengajian Tinggi)


ISLAMIC EDUCATIONAL, SCIENTIFIC AND CULTURAL ORGANIZATION (ISESCO)

  • ISESCO General Conference
  • ISESCO Executive Council Meeting
  • Islamic Conference of Ministers of Higher Education and Scientific Research (ICMHESR)
  • Islamic Conference of Ministers of Education
 
 
3