Sign In

Skip Navigation LinksInstitut Pendidikan Teknikal Brunei


Visi

Institusi pendidikan teknikal dinamik yang merangkul pembelajaran sepanjang hayat


​Misi

Untuk melahirkan graduan bekemahiran tinggi dan kebolehpasaran pekerjaan yang memenuhi kehendak pihak berkepentingan melalui suasana pembelajaran holistik


​Pendahuluan
Ketua
​Yang Mulia Dr. Haji Mohd Zamri bin Haji Sabli
​Ibu Pejabat
​Simpang 347
Jalan Pasar Baharu, Gadong
Bandar Seri Begawan BE1310
Negara Brunei Darussalam
​Nombor Telefon
Tel : (673) 2425555
Faks: (673) 2422303 

  Emel                                                                                                                                                                                      Enquiry@ibte.edu.bn


​Huraian
Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) telah ditubuhkan atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa majlis sambutan Isra Mikraj pada 27 Rejab 1435 Hijrah / 27 Mei 2014. Peranan IBTE adalah untuk menggantikan tanggungjawab yang dimandatkan kepada Jabatan Pendidikan Teknik. IBTE kini beroperasi sebagai sebuah institut di bawah Kementerian Pendidikan dengan Lembaga Pengelolanya sendiri. Rasional untuk penubuhan IBTE adalah untuk menstruktur semula sistem pendidikan teknikal untuk menjadikannya lebih responsif dan relevan dengan keperluan negara. IBTE sentiasa komited dalam menyumbang secara berterusan kepada agenda kerajaan untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai negara yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi di samping menjadi dinamik dan berdaya tahan ekonomi dengan menjadikannya taraf hidup yang berkualiti tinggi yang sejajar dengan Wawasan Brunei 2035.

IBTE merupakan sebuah institusi pasca menegah yang menawarkan kursus-kursus diperingkat Sijil Tertinggi Kebangsaan Pendidikan Teknikal dan Sijil Kebangsaan pendidikan Teknikal. Kursus-kursus tersebut terbahagi kepada 7 kluster seperti agroteknologi dan sains gunaan, maritim, perniagaan dan perhidmatan kewangan, perhotelan dan perkhidmatan pelancongan, tenaga dan kejuruteraan, perkhidmatan tekologi bangunan, eletronik dan teknologi maklumat. Program-program yang ditawarkan oleh IBTE adalah berasaskan keperluan industri yang dapat menghasilkan graduan-graduan berkemahiran serta berkebolehpasaran kerja yang memenuhi kehendak industri. Disamping itu, IBTE juga menawarkan kursus pendek separuh masa di bawah pendidikan lanjutan dan latihan yang dibukakan kepada orang awam yang ingin meningkatkan kemahiran dan pencapaian akademik secara pembelajaran sepanjang hayat.

IBTE adalah sangat komited dan sentiasa proaktif dalam menyokong pelbagai inisiatif pihak kerajaan dengan berkolaborasi bersama pihak industri bagi menginovasikan pengajaran serta pembelajaran dalam hasrat untuk menghasilkan tenaga mahir yang mempunyai sifat keusahawanan serta memiliki kelayakan dan kemahiran yang diiktiraf oleh industri yang dapat bersaing dalam pasaran kerja.

Kampus di bawah kawalan IBTE:

  • IBTE Kampus Sultan Saiful Rijal / IBTE Sultan Saiful Rijal Campus
  • IBTE Kampus Jefri Bolkiah / IBTE Jefri Bolkiah Campus
  • IBTE Kampus Nakhoda Ragam / IBTE Nakhoda Ragam Campus
  • IBTE Kampus Sultan Bolkiah / IBTE Sultan Bolkiah Campus
  • IBTE Kampus Agro-Teknologi / IBTE Agro-Teknologi Campus
  • IBTE Kampus Bisnes / IBTE Business Campus
  • IBTE Kampus Mekanikal / IBTE Mechanical Campus


​Objektif

  • Melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran dan professional dalam menyokong hasrat negara untuk mencapai Wawasan Brunei 2035
  • Melaksanakan aktiviti dan inisiatif strategik yang dapat menyokong empat ‘checkpoint’ Kementerian Pendidikan
  • Melengkapkan pelajar-pelajar dengan kemahiran serta kelayakan teknikal dan vokasional yang diiktiraf di peringkat antarabangsa


​Fungsi
  • ​Menyediakan pendidikan dan latihan teknikal di Negara Brunei Darussalam dalam memperkembangkan kemahiran pelajar-pelajar bagi memenuhi keperluan industry
  • Memberikan peluang kepada pelajar lepasan sekolah menengah dan pelajar dewasa untuk memperolehi kemahiran, pengetahuan dan nilai-nilai untuk meningkatkan kebolehpasaran kerja dan pembelajaran sepanjang hayat
  • Memperkembangkan program kerjasama dengan pihak industry dalam membentuk program latihan teknikal yang sejajar dan relevan dengan keperluan industri


​Struktur Organisasi

IBTE OC.PNG

*Updated 19/03/2019