Sign In

Skip Navigation LinksJabatan Pendidikan Kokurikulum

​​​

​Visi
​Pendidikan kokurikulum yang berkualiti ke arah Pembangunan pelajar yang holistik

Misi
​Melaksanakan program dan perkhidmatan aktiviti kokurikulum untuk memastikan pendidikan kokurikulum yang adil dan saksama.​

​Pengenalan
Ketua
​Yang Mulia Awang Julaihi bin Haji Mohamad/Mohamat (Pemangku)
​Alamat​Jalan 10, 
Kampong Perpindahan Lambak Kanan
Berakas, BC2315
Negara Brunei Darussalam
​Nombor TelefonOfis: 2333 054
Fax: Fax: 2332977
Media sosial
Instagram: infodcce.bn
Facebook: Department of Co-Curricular Education Brunei

Objektif

  • Untuk melahirkan generasi pelajar yang berwibawa, berdisiplin, bersemangat, berwawasan dan tahan lasak di samping menyemai sifat dan nilai murni serta luhur.
  • Untuk membolehkan pelajar-pelajar menimba ilmu pengetahuan dan mempelajari kemahiran asas dan mengembangkannya ke arah kecemerlangan.
  • Untuk melibatkan seberapa banyak penyertaan pelajar dalam kegiatan kokurikulum.
  • Untuk menjadikan pelajar yang dapat merancang program-program riadah yang bermanfaat dan selamat dalam menjalani cara hidup yang sihat.
  • Untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang bidang akademik tetapi mempunyai kemahiran yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan jasmani, rohani, peribadi, intelek, emosi dan sosial ke arah mendukung tanggungjawab terhadap negara, ugama dan bangsa. 
  • Untuk mencungkil bakat dan potensi pelajar dalam kesukanan bagi menjadikan mereka sebagai elit atlet di masa akan datang.
  • Untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam pengurusan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum melalui kursus, bengkel, seminar dan latihan.​


​Fungsi

Merujuk Surat Keliling Kementerian Pendidikan Bil: 2/1995 bertarikh 8 Jamadilakhir 1416 bersamaan dengan 1 November 1995, Rujukan KPE/M7/42/95, fungsi dan peranan Jabatan Pendidikan Kokurikulum dinyatakan seperti berikut:-

1.            Sebagai pusat perancangan dan pelaksanaan serta sumber dan penggerak segala kegiatan-kegiatan tambahan di sekolah-sekolah rendah, menengah dan maktab-maktab seluruh negara dari aspek:-

  •         Merancang, menyelaras, menyelia, menasihat, membimbing, melatih dan seterusnya menilai kegiatan- kegiatan tambahan.
  •         Menganjurkan latihan, kursus, seminar dan bengkel bagi maksud memperkembangkan kegiatan tambahan.
  •         Merancang dan menyelaras peruntukkan dan kemudahan bagi pelaksanaan kegiatan- kegiatan.
  •         Sebagai penasihat dan penyelaras kepada sekolah-sekolah rendah, menengah dan maktab-maktab yang ingin menganjur/ mengelola kegiatan masing- masing

2.            Penyelaras dan penghubung di antara pihak sekolah/ maktab dengan pihak berkepentingan:-

  •        Bekerjasama dengan kementerian-kementerian lain dalam acara-acara perayaan Negara dan antarabangsa yang melibatkan sekolah/ maktab.
  •        Bekerjasama dengan kementerian- kementerian lain seperti kegiatan-kegiatan yang berhubung dengan Pasukan Beruniform ( Kadet Tentera, Kadet Polis, Bomba dan Penyelamat, Pengakap, Pandu Puteri dan Bulan Sabit Merah).

3.            Sebagai penghubung, penyelaras, penasihat dan memberi maklumat kepada pihak sekolah/ maktab berhubung dengan penglibatan/ penyertaan sekolah/ maktab dengan pihak yang berkenaan (dalam dan luar negara).

4.            Bertanggungjawab memberi nasihat dan penilaian serta penghargaan atas usaha bakti dan pencapaian guru dan pelajar secara individu, kumpulan mahupun keseluruhan (sekolah/ maktab).



BAHAGIAN-BAHAGIAN JABATAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM

BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 

  1. Merancang dan melaksanakan hal ehwal yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran jabatan bagi semua kakitangan dan pegawai;
  2. Mengurus, meneliti, dan memantau aktiviti perbelanjaan jabatan selaras dengan Peraturan Kewangan (1983); dan
  3. Mengawas dan memantau hal ehwal kemudahan, peralatan dan prasarana serta penghapusan jabatan.
  4. Memantau pengurusan liputan dan memuatnaik aktiviti-aktiviti dalam sosial media seperti Facebook, Instagram dan Twitter mengenai acara-acara di bawah Jabatan Pendidikan Kokurikulum.

URUSETIA MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH BRUNEI DARUSSALAM

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 

  1. Merancang dan melaksanakan program pembangunan profesional kejurulatihan bagi pegawai, jurulatih dan guru-guru di sekolah-sekolah;
  2. Sebagai penghubung (correspondence) dalam pengurusan hal ehwal pasukan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah dalam mengikuti kejohanan dalam negara seperti Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam, dan luar negara di bawah ASSC, ASSF dan ASFF; dan​
  3. Bekerjasama dengan persatuan-persatuan sukan kebangsaan dalam dan luar negara mengikuti kejohanan secara jemputan.


BAHAGIAN JASMANI DAN REKREASI 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 

  1. Merancang, mengurus dan mengendalikan program perkembangan professional khusus sukan dan permainan untuk pegawai, guru dan pelajar;
  2. Merancang dan menyediakan rangka kerja kurikulum untuk aktiviti kokurikulum bahagian sukan dan permainan;
  3. Merancang, menyelaras, melaksanakan dan menilai semula sebarang Program Unit Jasmani dan memastikan ianya selaras dengan Pelan Strategik Jabatan Pendidikan Kokurikulum dan Kementerian Pendidikan;
  4. Merancang, menyelaras dan menganjurkan aktiviti-aktiviti berbentuk sukan bagi sekolah rendah, menengah, maktab dan pusat tingkatan enam di peringkat Kluster dan Negara; dan
  5. Bekerjasama dengan pihak berkepentingan di sektor kerajaan dan bukan kerajaan. 


BAHAGIAN KEGIATAN KEROHANIAN 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

  1. Merancang, mengurus dan mengendalikan program perkembangan professional khusus kerohanian untuk pegawai, guru dan pelajar;
  2. Merancang dan menyediakan rangka kerja kurikulum untuk aktiviti kokurikulum bahagian kerohanian;
  3. Merancang, menyelaras, melaksanakan dan menilai semula sebarang Program Unit Rohani dan memastikan ianya selaras dengan Pelan Strategik Jabatan Pendidikan Kokurikulum dan Kementerian Pendidikan;
  4. Merancang, menyelaras dan menganjurkan aktiviti-aktiviti berbentuk kerohanian bagi sekolah rendah, menengah, maktab dan pusat tingkatan enam di peringkat Kluster dan Negara; dan
  5. Kerjasama dengan pihak berkepentingan di sektor kerajaan dan bukan kerajaan. 


BAHAGIAN KESENIAN DAN KREATIVITI  

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 

  1. Merancang, mengurus dan mengendalikan program perkembangan professional khusus kesenian dan kebudayaan untuk pegawai, guru dan pelajar;
  2. Merancang dan menyediakan rangka kerja kurikulum untuk aktiviti kokurikulum bahagian kesenian dan kebudayaan;
  3. Merancang, menyelaras, melaksanakan dan menilai semula sebarang Program Unit Akli dan memastikan ianya selaras dengan Pelan Strategik Jabatan Pendidikan Kokurikulum dan Kementerian Pendidikan;
  4. Merancang, menyelaras dan menganjurkan aktiviti-aktiviti berbentuk kesenian dan kebudayan bagi sekolah rendah, menengah, maktab dan pusat tingkatan enam di peringkat Kluster dan Negara; dan
  5. Kerjasama dengan pihak berkepentingan di sektor kerajaan dan bukan kerajaan. 


BAHAGIAN BERUNIFORM DAN PERKHIDMATAN 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 

  1. Mengurus dan mengendalikan latihan dan perkembangan bagi guru-guru pasukan beruniform di sekolah-sekolah rendah, menengah, maktab-maktab dan pusat tingkatan enam di peringkat kluster dan negara;
  2. Melaksanakan dan menyelaras kegiatan beruniform dan khidmat masyarakat bagi pelajar-pelajar di sekolah-sekolah rendah, menengah, maktab-maktab dan pusat tingkatan enam; dan
  3. Bekerjasama dengan agensi-agensi pasukan beruniform seperti Pasukan Polis Diraja Brunei, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pasukan Bomba dan Penyelamat, Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam, Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam dan Persatuan Bulan Sabit Merah dalam penubuhan pasukan beruniform, latihan, kursus, seminar yang berkaitan dengan pasukan beruniform sekolah.


BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN ​ 

  1. Pengumpulan dan penganalisaan data-data berkaitan Pendidikan kokurikulum untuk keperluan jabatan dan Kementerian Pendidikan;
  2. Berperanan dalam menyelaras Inisiatif Strategi Pendidikan (SEI) bagi kegiatan kokurikulum;
  3. Sebagai Urusetia Program Sahsiah Pelajar (PSP); dan
  4. Menyediakan statistik-statistik yang relevan dengan kegiatan kokurikulum.


​Cawangan Daerah-Daerah
CAWANGAN DAERAH TUTONG

1. Mengawasi dan menyelaras hal-ehwal pentadbiran cawangan dan kesejahteraan pegawai dan kakitangan. 
2. Menjadi pusat perhubungan Jabatan Pendidikan Kokurikulum dengan sekolah-sekolah rendah, menengah dan maktab-maktab di daerah berkenaan. 
3. Menyelaras dan melaksanakan aktiviti dan pertandingan berbentuk sukan, akli dan rohani bagi peringkat daerah. 
4. Membantu sekolah-sekolah dalam pengendalian aktiviti-aktivit Kokurikulum. 
5. Mengawasi skim-skim latihan sukan yang dijalankan di daerah tersebut. 
6. Menyelaras kursus, bengkel, seminar dan latihan yang diadakan oleh agensi kerajaan dan swasta diperingkat daerah. 
7. Bertanggungjawab terhadap penglibatan pelajar-pelajar semasa perayaan-perayaan hari kebesaran negara dan lawatan-lawatan pembesar-pembesar negara luar.

CAWANGAN DAERAH BELAIT

1. Mengawasi dan menyelaras hal-ehwal pentadbiran cawangan dan kesejahteraan  pegawai dan kakitangan. 
2. Menjadi pusat perhubungan Jabatan Pendidikan Kokurikulum dengan sekolah-sekolah rendah, menengah dan maktab-maktab di daerah berkenaan. 
3. Menyelaras dan melaksanakan aktiviti dan pertandingan berbentuk sukan, akli dan rohani bagi peringkat daerah. 
4. Membantu sekolah-sekolah dalam pengendalian aktiviti-aktivit Kokurikulum. 
5. Mengawasi skim-skim latihan sukan yang dijalankan di daerah tersebut. 
6. Menyelaras kursus, bengkel, seminar dan latihan yang diadakan oleh agensi kerajaan dan swasta di peringkat daerah. 
7. Bertanggungjawab terhadap penglibatan pelajar-pelajar semasa perayaan-perayaan hari kebesaran negara dan lawatan-lawatan pembesar-pembesar negara luar.


CAWANGAN DAERAH TEMBURONG

1. Mengawasi dan menyelaras hal-ehwal pentadbiran cawangan dan kesejahteraan pegawai dan kakitangan. 
2. Menjadi pusat perhubungan Jabatan Pendidikan Kokurikulum dengan sekolah-sekolah rendah, menengah dan maktab-maktab di daerah berkenaan. 
3. Menyelaras dan melaksanakan aktiviti dan pertandingan berbentuk sukan, akli dan rohani bagi peringkat daerah. 
4. Membantu sekolah-sekolah dalam pengendalian aktiviti-aktiviti Kokurikulum. 
5. Mengawasi skim-skim latihan sukan yang dijalankan di daerah tersebut. 
6. Menyelaras kursus, bengkel, seminar dan latihan yang diadakan oleh agensi kerajaan dan swasta diperingkat daerah. 
7. Bertanggungjawab terhadap penglibatan pelajar-pelajar semasa perayaan-perayaan hari kebesaran negara dan lawatan-lawatan pembesar-pembesar negara luar.​


​Struktur Organisasi
StrukturJPKK2023.PNG




*Updated 08/03/2025