Sign In

Skip Navigation LinksJabatan Perancangan dan Pengurusan Estet

​Visi
Ke arah Infrastruktur yang berkualiti dan berdaya tahan

​Misi
Penyediaan prasarana yang selamat dan kondusif bagi pembelajaran, pengajaran, tempat kerja dan tempat tinggal

Pendahuluan
Ketua
​Yang Mulia Dayang Hajah Mastura binti Haji Sulaiman
​Alamat
Jabatan Perancangan dan Pengurusan Estet,
​Tingkat 3, Blok D
Bangunan Kementerian Pendidikan
Jalan Lapangan Terbang Lama
Bandar Seri Begawan BB3510
Negara Brunei Darussalam
​Hubungi
​Tel: 2382872 (Pejabat)
Tel: 2384205/ 2381133 ext. 4202 (Cawangan Brunei dan Muara)
Tel: 4260279 (Cawangan Tutong)
Tel: 3341017 (Cawangan Belait)
Tel: 5222123 (Cawangan Temburong)
Emel:
jppe.aduan@moe.edu.bn
jppe.inquire@moe.gov.bn

Huraian
​Pada tahun 1970 sebuah unit telah ditubuhkan bagi memenuhi keperluan pengurusan bangunan sekolah. Unit tersebut dikenali sebagai Unit Perancangan Bangunan. Fungsi dan peranan Unit berkenaan telah berkembang menjadikan Unit tersebut diberi nama baru iaitu Unit Perancangan dan Pemeliharaan Bangunan bermula pada tahun 1997. Pada tahun 2002, Unit tersebut telah dinaiktaraf sebagai sebuah Jabatan; Jabatan Perancangan dan Pengurusan Estet.

Objektif

  • Perancangan pembangunan dan pemeliharaan yang holistik
  • Pengurusan penyelenggaraan yang cekap
  • Penyediaan kemudahan baru yang menyokong objektif kementerian
  • Perbelanjaan yang optima dengan pengurusan kewangan yang cekap

Fungsi

  • Penyelenggaraan Aset

Pengurusan program penyelenggaraan (maintenance) bangunan dan kemudahan bagi institusi pendidikan, pejabat, dan perumahan, ke arah memastikan persekitaran pendidikan dan kediaman selamat dan kondusif. Perkara ini adalah termasuk rancangan menaiktaraf dan pemeliharaan dengan memastikan kontrak-kontrak penggal (termasuk FM) disediakan bagi keseluruhan kategori kerja. Objektif utama adalah ke arah memastikan prasarana adalah selamat, kondusif, pematuhan kepada piawaian-piawaian, akta dan perintah berkaitan bangunan.


  • Pembangunan (development)

Pengurusan program pembangunan (development) pendidikan di bawah Rancangan Kemajuan Negara ke arah memastikan prasarana pendidikan yang mencukupi sesuai dengan keperluan. Perkara ini adalah meliputi fungsi jabatan selaku jabatan penyelaras mengenai penyediaan kos anggaran hal ehwal tapak, peruntukan, pentadbiran kontrak pembinaan dan tatacara perlaksanaan.

 

  • Kewangan

Pengurusan kewangan bagi memastikan pembiayaan projek-projek jabatan adalah berpatutan dengan rancangan penyelenggaraan dan pembinaan, selaras dengan kehendak peraturan kewangan. Perkara ini adalah termasuk pemantauan bersistematik kepada perbelanjaan dan memastikan perbelanjaan berhemah (prudent spending).


  • Perancangan Aset

Pengurusan perancangan Kementerian Pendidikan untuk memastikan sebarang keputusan adalah sustainable serta ekonomikal serta dapat memberikan pulangan maksima kepada kerajaan.

Melaksanakan penelitian semua (review) kepada rancangan pembangunan terdahulu ke arah memastikan perancangan adalah masih bertepatan serta relevan dengan keperluan Kementerian Pendidikan



Unit/ Bahagian

Penolong Pengarah 
  • Bahagian Pentadbiran dan Sumber Tenaga Manusia
  • Bahagian Kewangan dan Pengurusan Kontrak

Jurutera Kerja Kanan
  • Bahagian Penyelenggaraan Aset Brunei Muara I
  • Bahagian Penyelenggaraan Aset Brunei Muara II dan Temburong
  • Bahagian Penyelenggaraan Aset Tutong dan Belait

Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan
  • Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

Struktur Organisasi
JPPE (malay).png

*Updated 03/07/2021