Sign In

Skip Navigation LinksPusat Keusahawanan Inovasi

Visi
Pendidikan Keusahawanan dan Inovasi yang Berkualiti Ke Arah Negara yang Dinamik.​


Misi
Menyelaraskan dan mensinergikan inisiatif-inisiatif keusahawanan di bawah Kementerian Pendidikan di dalam mewujudkan pengalaman Pendidikan yang mempunyai nilai tambah dan memberi impak yang membina ke arah peningkatan minda dan kemampanan pelajar.​


Introduction 


Ketua
Yang Mulia Adna Shatriremie bin Hj A. Abd Rahman​
Alamat
Tingkat 1, Blok C 
Bangunan Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat 
Kementerian Pendidikan
Jalan 10 Selatan, RPN 
Kampong Lambak Kanan, BC2315 
Negara Brunei Darussalam
Hubungi
Ofis: 2346397
Emel: ​eic@moe.gov.bn
Media Sosial:
Instagram: eic_moe
Laman Sesawang: https://eic.moe.gov.bn/



Huraian
Pusat Keusahawanan Inovasi (EIC) ditubuhkan untuk menyediakan pelbagai program dan aktiviti pendidikan keusahawanan dan inovasi di peringkat sekolah rendah, menengah dan tinggi. Ia juga bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berbakat dan mahir dalam bidang keusahawanan serta menjadikan bidang ini sebagai salah satu pilihan kerjaya mereka pada masa hadapan.

Pusat Keusahawanan Inovasi (EIC) adalah sebuah Pusat di bawah seliaan Pejabat Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) yang memulakan operasinya pada November 2019. Sehingga kini, Pusat Keusahawanan Inovasi (EIC) mempunyai seramai 8 orang kakitangan yang diketuai oleh seorang Pemangku Penolong Pengarah dan dibantu oleh 6 orang pegawai dan 1 orang kerani.


Objektif
  • Membangunkan ekosistem dan platform khas untuk pendidikan keusahawanan dan inovasi yang pragmatik bagi peringkat K-13 meliputi semua sekolah rendah dan menengah, termasuk institusi pendidikan tinggi di bawah Kementerian Pendidikan.​
  • Meningkatkan kesedaran, minat dan pengetahuan bagi pelajar dan guru untuk menyertai program latihan yang dianjurkan oleh EIC dari masa ke semasa​.
  • Mencipta platform bagi pelajar di peringkat sekolah rendah dan menengah termasuk institusi pendidikan tinggi yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan pragmatik yang juga dikenali sebagai platform permulaan.
  • Membantu memudahkan proses peralihan minda pelajar dan guru di peringkat K-13 termasuk institusi pendidikan tinggi untuk persediaan memasuki Revolusi Industri 4.0 dalam era pendidikan keusahawanan dan inovasi.​
  • Menjalin kerjasama dengan unit-unit sedia ada dalam kementerian (seperti Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Jabatan Perkembangan Kurikulum, Pusat STEP, Jabatan Pendidikan Khas dan lain-lain) melalui kumpulan yang telah ditetapkan daripada jabatan masing-masing seperti Kluster sedia ada, kumpulan School-Based Committee dan juga melalui mata pelajaran contohnya Business, Art and Technology (BAT) dan Design and Technology (D&T).​

Fungsi

  1. Untuk meningkatkan kesedaran minda keusahawanan dan memberi penekanan kepada kedua-dua pendidikan keusahawanan dan inovasi melalui program dan aktiviti yang disediakan kepada pelajar dan guru di bawah Kementerian Pendidikan.
  2. Untuk membina ekosistem keusahawanan dan inovasi dari peringkat rendah hingga ke pendidikan tinggi serta menyelaras dan membina sinergi semua inisiatif keusahawanan dan inovasi di bawah Kementerian Pendidikan untuk mencapai visi dan misi.​
  3. Untuk memberi sokongan, kerjasama dan perhubungan kepada pihak berkepentingan dalam Kementerian Pendidikan dan agensi luar khususnya kepada program dan aktiviti berkaitan dengan pendidikan keusahawanan dan inovasi yang dijalankan oleh EIC.



Carta Organisasi
EIC Organisation Chart 2025 (Malay).png