Sign In

Skip Navigation LinksPusat Pembelajaran Sepanjang Hayat

​​​​Visi

Pusat kecemerlangan untuk memperluaskan peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk mengukuhkan komuniti


Misi
Untuk membina individu yang holistik dan masyarakat inklusif dengan meningkatkan peluang-peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada orang dewasa

Pengenalan

Pengarah
Yang Mulia Lim Kian Boon (Pemangku)​
Alamat
Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat
Jalan 10 Selatan,
RPN Lambak Kanan,
BC2315
Brunei Darussalam
Hubungi

Kaunter Penyambut Tetamu

Tel: 234 6201 (Pejabat)

Emel: enquiry.l3c@moe.gov.bn


Kaunter Kewangan dan Perolehan

Tel: 2346201 ext 110/111 

Emel: finance/l3c@moe.gov.bn


Media Sosial

Website: https://l3c.moe.gov.bn/

Instagram: l3centre.moe

Facebook: Lifelong Learning Centre, MOE Brunei

 

Huraian


Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat (Pusat L3), Kementerian Pendidikan telah ditubuhkan pada 23 September 2019 bersempena Sambutan Hari Guru kali Ke-29 sebagai Pusat Maklumat Sehenti (One-stop Information Centre) untuk program-program pembelajaran sepanjang hayat seperti program-program upskilling atau reskilling.


Objektif

  1. Membangun dasar, rangka kerja dan garis panduan untuk meningkatkan peluang pembelajaran sepanjang hayat di Negara Brunei Darussalam.
  2. Mengkaji semula penyediaan program-program pembelajaran sepanjang hayat.
  3. Menggalakkan penyertaan orang ramai dalam program-program pembelajaran sepanjang hayat​.
Fungsi

  1. Untuk membangunkan, melaksanakan, memantau dan mengkaji semula dasar, rangka kerja dan panduan pembelajaran sepanjang hayat.
  2. Untuk menyelaraskan dan melaksanakan inisiatif-inisiatif strategik ke arah Visi dan Misi Kementerian Pendidikan.
  3. Untuk menyediakan platform dan tempat untuk program-program pembelajaran sepanjang hayat dengan kerjasama institusi/pembekal latihan swasta dan awam.
  4. Untuk meningkatkan penyelidikan dan perkembangan (research and development) dalam pembelajaran sepanjang hayat.
  5. Untuk menyokong Pejabat Perancangan Tenaga Manusia (PPTM) dan Pusat Pekerjaan Brunei (PPB) dalam memudahkan akses kepada pendidikan, latihan dan peluang pekerjaan kepada pelajar sepanjang hayat termasuk pencari-pencari kerja dan untuk kemajuan kerjaya dan peluang pekerjaan di masa hadapan.
  6. Untuk memudahkan dan mengawalselia urus tadbir institusi atau pembekal-pembekal latihan berdaftar dan kualiti program-program pembelajaran sepanjang hayat (nota: Program-program pembelajaran sepanjang hayat termasuklah program meningkatkan kemahiran Upskilling dan Reskilling).
  7. Untuk mempromosikan dan meningkatkan peluang-peluang pembelajaran sepanjang hayat bagi warganegara Brunei Darussalam.
  8. Untuk mempromosikan dan menerapkan budaya pembelajaran sepanjang hayat untuk memacu pembangunan, daya saing dan kebolehpasaran tenaga kerja Brunei dan mengukuhkan kemajuan masyarakat dan kesejahteraan Masyarakat.
  9. Untuk memaksimumkan sinergi antara pra-pekerjaan (pre-employment) dan pendidikan lanjutan dan latihan (continuing education and training) dengan memanfaatkan penggunaan teknologi dan membina landskap 'vibrant' untuk latihan berkualiti tinggi, berasaskan kemahiran dan keperluan industri.

 Bahagian & Unit
  • Bahagian Pentadbiran dan Kewangan
  • - Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia
    - Unit Kewangan dan Perolehan
    - Unit Estet dab Fasiliti
  • Bahagian Perhubungan Korporat dan Penyelidikan
    - Unit Perhubungan Korporat dan Pemasaran
    - Unit Penyelidikan dan Statistik
    - Unit Perkhidmatan Maklumat dan Teknologi
  • Bahagian Program dan Penyertaan
    - Unit Pendaftaran
    - Unit Kurikulum
    - Unit Kemahiran dan Kebolehpasaran
    - Unit Bimbingan Kerjaya
  • Bahagian Pengawalseliaan
    - Unit Dasar, Perancangan dan Perkembangan
    - Unit Pendaftaran Pembekal-Pembekal Latihan dan Pendidik-Pendidik Pembelajaran
    - Unit Pemantauan dan Penilaian

Nilai Teras


Collaboration

Engaging collaboration and partnership

 

Inclusiveness

Opening inclusive, accessible and safe avenues for all learners

 

Respect

Promoting a respectful learning and workplace environment

 

Innovation

Growing innovative opportunities

 

Synergy

Bring the ministry, learning centre and our community together



Carta Organisasi
 

L3C Org Chart 2025_BM.jpg


Laman Sesawang
 

Untuk keterangan lanjut, sila imbas QR Code di bawah:

L3C website QR Code.png

*06.03.2025