Sign In

Skip Navigation LinksPusat Perkembangan Pendidikan Cerdas Pintar dan Berbakat


Visi

Pendidikan cerdas pintar berkualiti untuk pemimpin hari esok

Misi

Penyediaan dan pelaksanaan program cerdas pintar yang berkualiti untuk menzahirkan potensi, bakat dan kemahiran pelajar ke tahap maksima


Pengenalan
​Ketua
​Yang Mulia Dr Mona Aliana binti Dato Paduka Awang Haji Mohd Alimin
​Alamat​Bilik A407
Tingkat 4, Blok A
Kementerian Pendidikan
Jalan Lapangan Terbang Lama
Berakas, BB3510
Brunei Darussalam
​Hubungi
Tel/ Fax No. : 2383372
Emel : edge@moe.gov.bn


​Huraian

Pusat Perkembangan Pendidikan Cerdas Pintar dan Berbakat atau singkatnya EDGE telah diperkenankan pertubuhannya pada 06 Februari 2021. EDGE ditubuhkan untuk merancang dan memantau secara terperinci aliran pendidikan pelajar-pelajar yang dikenalpasti cerdas pintar dan berbakat, termasuk pelajar-pelajar cemerlang.


EDGE merupakan salah satu pusat di bawah bidang kuasa Pejabat Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) dan diketuai oleh seorang Ketua dan dibantu oleh 5 orang pegawai and seorang kakitangan.


​Objektif
  • Merancang  dan  memantau  secara  terperinci,  aliran pendidikan pelajar-pelajar yang dikenalpasti cerdas pintar dan berbakat di Negara Brunei Darussalam bagi mengembangkan kemahiran, potensi, dan bakat mereka.
  • Mengembangkan kemahiran dan  merealisasikan potensi pelajar dengan memastikan pendidikan pelajar cerdas pintar adalah lebih sistematik, teratur, dan konsisten bagi mengukuhkan dan meningkatkan lagi perkhidmatan serta sokongan terhadap pelajar cerdas pintar dan berbakat.
  • Mendokong plan strategik Kementerian Pendidikan 2018 2022 iaitu akses kepada pendidikan berkualiti untuk kesaksamaan dan ekuiti bagi semua pelajar.
  • Mencapai hasrat Kementerian Pendidikan untuk melahirkan para pelajar yang holistik (atau pelajar yang syumul) yang dilengkapi dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta memiliki sikap, nilai dan sahsiah yang terpuji.
​Fungsi

1. Menyelaras program-program berkaitan dengan pelajar­-pelajar cerdas pintar yang merangkumi proses perancangan, mereka-bentuk dan pelaksanaan:

    • Sistem pengenalpastian, pencalonan, pemilihan dan penilaian.
    • Program cerdas pintar yang berkualiti, termasuk program berunsurkan kepimpinan dan pembangunan pelajar yang berkualiti.
    • Sistem pemantauan dan penilaian.

2. Menyelaras program-program berkaitan dengan pelajar-pelajar biasiswa kerajaan dalam negeri yang merangkumi perancangan, mereka-bentuk dan pelaksanaan:

    • Program berunsurkan kepimpinan dan pembangunan pelajar yang berkualiti.
    • Sistem pemantauan dan penilaian.

3. Pusat rujukan bagi program-program berkaitan dengan pelajar-pelajar cerdas pintar dan biasiswa kerajaan dalam negeri. 

4. Menyelaras program-program cerdas pintar yang dianjurkan dalam dan luar negeri.


​Struktur Organisasi

akan dikemas-kini