| 
    
    
    
    
    Klik 
    Sini untuk Versi Bahasa Inggeris
     | Misi |  | "Memperkayakan Pengalaman Pengajaran dan Pembelajaran dengan Penggunaan Teknologi Pendidikan ke Arah Melahirkan Pelajar yang Celik Digital" | 
| Pendahuluan |  |  | Ketua 
 | Yang Mulia Pengiran Haji Bahrin Bin Pengiran Haji Sulaiman
 Penolong Pengarah / Ketua Pusat Teknologi Pendidikan
 
 
 |  | Alamat 
 | Tingkat 1
						Kementerian Pendidikan (Bangunan Baru)
 Jalan Lapangan Terbang Lama, Berakas BB3510
 Negara Brunei Darussalam
 
 
 |  | Hubungi 
 |  Ofis:
 2381844, 2384333 EXT 104, 202
 Media Sosial:
Laman Sesawang:
 | 
| Huraian |  | 
 Penubuhan Pusat Teknologi Pendidikan berperanan dalam menyelaras pelaksanaan sebarang program dan aktiviti berkaitan dengan penggunaan teknologi pendidikan bagi pengajaran dan pembelajaran terutamanya teknologi pendidikan di dalam era Revolusi Industri Keempat. Pengurusan perubahan bagi perlaksanaan program dan aktiviti ini akan dikendalikan bersama pihak berkepentingan dalam Kementerian Pendidikan dan pihak berkepentingan luar. Ini adalah perlu bagi memastikan Kementerian Pendidikan akan sentiasa relevan dan bersedia mengharungi cabaran kemajuan teknologi yang pesat yang dibawa oleh Revolusi Industri Keempat.
 
 | 
        
 | Objektif |  | 
 Kualiti PendidikanMeningkatkan kualiti penggunaan teknologi Pendidikan pada masa ini dan masa hadapan di semua peringkat Pendidikan.
 
 Kemahiran DigitalMeningkatkan kemahiran digital dan kompetensi guru-guru melalui pembangunan kapsiti manusia, dan mendokong guru-guru untuk membangunkan kemahiran digital pelajar-pelajar agar mereka bersedia menangani cabaran global masa depan.
 
 Sumber DigitalMenyokong pembangunan dan kandungan digital tempatan dan Pendidikan secara dalam talian untuk semua peringkat Pendidikan.
 
 EkuitiMenyokong pembangunan ekuiti di dalam Pendidikan melalui penggunaan teknologi inovatif yang boleh mewujudkan peluang pembelajaran baru untuk semua pelajar, termasuk pelajar berkeperluan khas.
 
 Mengiktiraf amalan-amalan terbaikMenyokong dan menggalakkan inovasi dan kecermelangan di institusi-institusi Pendidikan, menyebarkan pengetahuan, amalan terbaik dan kejayaan guru-guru di dalam penggunaan teknologi Pendidikan.
 
 | 
            
| Fungsi |  | 
 Arah StrategikMenentukan arah strategic mengenai teknologi Pendidikan untuk pengajaran dan pembelajaran abad ke-21.
 
 Strategi  PengawasanMengawasi perancangan, pelaksanaan dan pengurusan pelan perancangan trasnformasi teknologi dalam Pendidikan.
 
 Kapasiti Sumber TenagaMembina kapasiti sumber tenaga manusia menerusi konsultasi, untuk mengukuhkan pedagogi dan transformasi penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.
 
 Pembangunan Kandungan DigitalMemimpin pembangunan kandungan digital untuk menyokong kurikulum, penilaian dan pembangunan professional.
 
 Akses dan Sumber Teknologi PendidikanUntuk berkomunikasi dengan pihak-pihak yang berkepentingan mengenai dengan akses kepada perkhidmatan dan sumber teknologi Pendidikan.
 
 | 
 
                        | Struktur Organisasi 
 |  | .png)  
 | 
 | Maklumat Tambahan 
 |  | Penubuhan Pusat Teknologi Pendidikan adalah berkuatkuasa mulai 14 Oktober 2019
 
 
 | 
 *Updated 7/08/2025
 |