Sign In

Skip Navigation LinksJabatan Pendidikan Khas

​Visi
Pendidikan Khas Inklusif Berkualiti Pelajar Berkeperluan Khas Progresif

Misi
Menyediakan Perkhidmatan Berkualiti dan Program Pendidikan Khas yang Holistik bagi Kehidupan Pelajar Berkeperluan Khas yang Bermanfaat

​Pengenalan
​Pengarah
Yang Mulia Dr. Eddy Fazlin bin Haji Amdan​ (Pemangku)
​Alamat​Simpang 240, (Kawasan SR Pintu Malim)
Kg Pintu Malim,
Jalan Kota Batu, BSB
​Hubungi
​Tel: 244 6553
Fax: 244 6551
Emel: jpkas@moe.gov.bn
Instagram: jpkhas_moe.bn

Cawangan Daerah
Cawangan​Perkhidmatan​Alamat
​Brunei Muara
  • Unit Pentadbiran 
  • Unit Kewangan dan ICT
  • Unit Strategik dan Korporat
  • Unit Pengurusan Data
  • Unit Program Khas Rendah
​Simpang 240, (Kawasan SR Pintu Malim)
Kg Pintu Malim,
Jalan Kota Batu, BSB

Tel: 244 6553     
Emel: jpkhas@moe.gov.bn

  • ​Unit Psikologi Pendidikan
  • Unit Penilaian dan Intervensi
​Bunglow C5, Simpang 373-18,
Kawasan Maktab Duli PMMB
Jalan Pasar Baharu  BE1318

Tel: +673 245 4155


  • Unit Program Khas Menengah
  • Unit Program Sepanjang Hayat
​Bunglow C7, Simpang 373-69,
Kawasan Maktab Duli PMMB
Jalan Pasar Baharu  BE1318

Tel: +673 245 4149

  • ​Unit Bantuan Khusus

​Bunglow C9 Simpang 373-18,
Kawasan Maktab Duli PMMB
Jalan Pasar Baharu  BE1318

Tel: +673 244 6550
​Daerah Tutong
Jpkhas Cawangan Tutong

​Barek SM Sufri Bolkiah, Tutong 

Tel : 4260816
​Daerah Belait


​Jpkhas Cawangan Belait

​Bunglow Kelas C
No. 375 Simpang 37-35,
Jalan Setia Negara,
Kawasan SM Perdana Wazir,
Kuala Belait 

Tel: 3330461/2
​Daerah Temburong
​Jpkhas Cawangan Temburong
  • ​Unit Program Sepanjang Hayat
  • Pusat Kemahiran Hidup Berdikari (ILSC)
  • Sheltered Integrated Employability Training Facility (ShInE)​


​Kabin Jabatan Pendidikan Khas
Bekas Tapak SM Sultan Hassan, Bangar




​Pengenalan

JPKhas bertanggungjawab untuk mempromosi, melaksana dan memantau Progam Pendidikan Khas dengan kerjasama pihak sekolah dan pihak-pihak berkepentingan yang lain.

Untuk memantapkan Program Pendidikan Khas di negara ini, guru-guru Pendidikan Khas (SEN) akan terus dilengkapkan dengan kemahiran-kemahiran pengajaran termasuk pengajaran digital khususnya kaedah Pembelajaran Teradun (Blended Learning) dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang fleksibel secara berkumpulan kecil (1:3) atau secara individu (1:1) bagi Pelajar Berkeperluan Khas.

Program Pendidikan Khas ini berpaksikan kepada prinsip 5A:

5A.png

Prinsip ini merupakan komponen utama untuk mengenalpasti, menangani dan memenuhi pelbagai keperluan pelajar agar mereka mendapat akses, boleh menyertai dan mencapai kecemerlangan tanpa membezakan ketidakupayaan, jantina, etnik, agama atau sosio-ekonomi mereka.

Perkara ini akan dapat direalisasikan melalui penyelenggaraan empat (4) sumber utama iaitu:

4 Sumber.png

​Objektif

Berikut adalah objektif yang sesuai berdasarkan visi, misi, dan fungsi utama yang dinyatakan:


1.    Memastikan Akses Pendidikan Khas yang Inklusif dan Berkualiti

·       Memberikan peluang kepada Pelajar Berkeperluan Khas untuk mengakses pendidikan, menyertai aktiviti pembelajaran, dan mencapai kecemerlangan melalui penyediaan kurikulum, infrastruktur, dan sumber yang bersesuaian.

 

2.    Menyediakan Program dan Perkhidmatan Pendidikan Khas yang Holistik

·       Merancang, melaksana, dan menilai program pendidikan khas di sekolah kerajaan bagi memenuhi keperluan perkembangan akademik, sosial, dan emosi pelajar.

 

3.    Membangunkan Profesionalisme dalam Pendidikan Khas

·       Menyediakan latihan dan pembangunan profesional secara berterusan kepada pendidik dan kakitangan dalam bidang pendidikan khas.

 

4.    Meningkatkan Keberkesanan Penilaian dan Intervensi

·       Melaksanakan penilaian yang menyeluruh dan intervensi yang bersesuaian bagi memastikan perkembangan optimum Pelajar Berkeperluan Khas.

 

5.    Menggalakkan Kesedaran dan Kefahaman Masyarakat

·       Memberikan pendedahan dan pendidikan kepada masyarakat tentang kepentingan pendidikan khas serta peranan mereka dalam menyokong pelajar berkeperluan khas.

 

6.    Memperkukuhkan Kerjasama Strategik

·       Bekerjasama dengan agensi tempatan, antarabangsa, dan pihak berkepentingan untuk memperkasa pendidikan khas melalui perkongsian sumber dan kepakaran.

 

7.    Mengurus Data Pendidikan Khas yang Komprehensif dan Berkualiti

·       Membangunkan dan menyelenggara pangkalan data yang lengkap untuk pendidik dan pelajar berkeperluan khas sebagai asas kepada perancangan dan pembangunan dasar.

 

8.    Merangka dan Meningkatkan Kurikulum Pendidikan Khas

·       Menghasilkan kurikulum yang relevan dan progresif untuk memenuhi keperluan pelajar berkeperluan khas di pelbagai peringkat pendidikan.

 

9.    Melaksanakan Projek-Projek Inovatif

Merancang dan melaksanakan projek yang inovatif untuk meningkatkan kualiti pendidikan khas dan memenuhi keperluan​ semasa.


Fungsi

Fungsi Utama:

1.     Mengenal pasti keperluan Pelajar Berkeperluan Khas: akses, kurikulum, infrastruktur & sumber agar mereka mendapat akses pendidikan, menyertai aktiviti pembelajaran dan mencapai kecemerlangan;

2.     Membuat perancangan, menyediakan perkhidmatan dan Program Pendidikan Khas di sekolah-sekolah kerajaan;

3.     Menyediakan latihan perkembangan profesional dalam bidang pendidikan khas

4.     Menjalankan penilaian dan intervensi bagi Pelajar Berkeperluan Khas;

5.     Menjadi nara sumber bagi pendidikan khas;

6.     Memberikan kesedaran dan kefahaman mengenai pendidikan khas kepada masyarakat dan orang awam;

7.     Bekerjasama dengan agensi-agensi tempatan dan luar serta pihak berkepentingan;​

8.     Menyediakan pangkalan data pendidik & pelajar berkeperluan khas;

9.     Merangka, menyediakan dan mengembangkan Kurikulum Pendidikan Khas;

10. Merangka dan menjalankan projek-projek yang berkaitan.

​Struktur Organisasi
Org Chart Jpkhas.png


​Program-Program Pendidikan Khas

1.     Program Bantuan Pembelajaran:

  • Kemahiran Akademik, Akademik Berfungsi dan Kemahiran Hidup.
  • Bantuan di dalam kelas, Pusat Bantuan Pembelajaran (LAC), Model Sekolah Inklusif (MIS) atau Pusat Kecemerlangan Pendidikan Khas (CoE).
  • Di Hospital RIPAS.

2.     Program Pra-Vokasional dan kemahiran kerja:

  • Kemahiran Asas Vokasional dan Kemahiran Hidup Berdikari.
  • Pertandingan Memasak.
  • Projek ShInE.

3.     Program Intervensi Khusus:

  • Bengkel kesedaran - contoh: Disleksia, Sensori Pendengaran
  • Sesi Kongsisama - contoh: Pegawai dan guru-guru mengongsikan hasil dapatan mengikuti Kursus SEAMEO SEN.
  • Webinar - contoh: Early Childhood Best Practice Webinar.

4.     Program Jangkauan (Outreach):

  • Aktiviti Kesedaran Awam tentang Pelajar Berkeperluan Khas (e.g. PKBN) .
  • Bengkel Bahasa Isyarat.

5.     Program Orientasi & Mobiliti:

·       Bengkel Orientasi dan Mobiliti di sekolah-sekolah/ agensi berkaitan.

6.     Program Kemahiran Digital:

  • Bengkel Gamification kepada guru-guru pakar pendidikan.
  • Kongsisama Digital Apps (Seperti contoh: Canva Apps) Kepada perantisan SkiPPA.

7.     Program Kesukanan:

  • Kejohanan Unified Bocce.
  • Kejohanan Unified Badminton.
  • Kejohanan Olahraga (e.g. Festival Kids Athletics, Brunei Darussalam Schools Games).

8.     Program keusahawanan:

  • ​Program Bootcamp.

9.     Program Kerohanian:

  • Pertandingan Hafazan.
  • Tarbiyah Islam peringkat Rendah dan Menengah.​


*Dikemaskini 11/01/2025​