Sign In

Skip Navigation LinksPusat STEP

​​Klik Sini untuk Versi Bahasa Inggeris

​​​​​​​​​Visi
Pendidikan Berkualiti, Negara Progresif

​Misi
Mempromosikan pendidikan STEAM ke arah inovasi melalui perlaksanaan program STEAM yang bermutu tinggi.​

​Pengenalan
​Ketua
Yang Mulia Dayang Hajah Suriani binti Haji Noor Hashim​
​Alamat​Pusat STEP,
Tingkat 2 Blok A,
Bangunan Sekolah Rendah Pengiran Anak Puteri Besar,
Jalan Lumapas, Kampong Lupak Luas,
Mukim Lumapas BJ2524
Brunei Darussalam
​Nombor Telefon
Tel. No.    : 233 5961 / 220 0163​
Fax No.    : 2335963
E-mail      : step@moe.gov.bn
Instagram: stepcentrebrunei

​Pengenalan Jabatan

Pusat Kerjasama Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (STEP) telah ditubuhkan pada 1999 sebagai satu agensi yang penting bagi pihak Syarikat Minyak Brunei Shell Sendirian Berhad dalam meningkatkan perkembangan Pendidikan khususnya di dalam bidang sains dan teknologi.

Sejak penubuhannya, Pusat STEP telah mengendalikan beberapa program, aktiviti dan pertandingan Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, di dalam negara dan menyelaraskan program dan pertandingan di luar negara. Di antara program dan pertandingan tersebut adalah seperti Inforama, eXplomaths, KODU Competition, LEGO Mindstorms Workshop, TechKids Camp, Robotech Competition, Brunei Robotics Olympiad, Mathematics Olympiad, Science Olympiad, Brunei Society of Petroleum Engineering (SPE): Paper Contest, Brunei Environmental Youth Envoys dan lain-lain.

Walau bagaimanapun, mulai tahun 2019, Pusat STEP telah mengubah halatuju Pusat dengan pembentukkan program-program baharu dan yang sedia ada melalui penjenamaan semula (rebranding) Pusat ini secara berfasa, supaya perkhidmatan dan program-program yang ditawarkan oleh Pusat STEP adalah lebih teratur dan meluas, serta dimiliki sendiri oleh Pusat STEP.



Program-program yang dikenali sebagai 7 iconic programmes tersebut adalah:

  1.   STEAM Outreach
  2.   Students in STEAM (SIS)
  3.   Recognise, Research, Establish, Apply, Lifelong (R.E.A.L.) Learning
  4.   STEAM for Future (SFF)
  5.   Cabaran STEM dan Inovasi Rekabentuk Peringkat Kebangsaan (National STEM and Innovative Design Challenge)
  6.   Green School Gardening
  7.   Green-Schools Initiatives



Selain daripada program-program di atas, Pusat STEP juga menyelaras program-program luar anjuran rakan-rakan strategik tempatan dan antarabangsa bertujuan untuk pertandingan dan penyertaan pelajar-pelajar antaranya adalah:

  1.   Women in Science Drama Workshop, Science Show Competition, ROBIN Competition - Seria Energy Lab (SEL)
  2.   BICTA – Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi
  3.   CIPTA – Universiti Teknologi Brunei
  4.   Faraday Challenge – Institute of Engineering & Technology (IET)
  5.   SEAMEO Search for Young Scientist (SSYS)
  6.   ASEAN-China STEM Camp for Youth
  7.   TF-NUS Youth Environment Camp
  8.   Young Inventors Challenge
  9.   Sakura Science for High Schools Program
  10.   ASEAN Eco-Schools Award
  11.   ASEAN-Japan Young Environmental Leaders Network (AJYELN) – ASEAN-Japan Centre (AJC)​

Objektif

Objektif Pusat STEP adalah untuk memastikan beberapa perkara berikut:

  •  Kefahaman dan minat pelajar dalam Pendidikan STEAM dan alam sekitar
  •  Penglibatan pelajaran dalam Pendidikan STEAM dan alam sekitar dan Program-Program berkaitan.
  •  Peningkatan kualiti inovasi melalui kerjasama yang berkesan.
  •  Pembangunan sumber Pendidikan STEAM dan Alam sekitar (termasuk program dan peluang-peluang penglibatan).

Fungsi

stepFungsi.png 
 

Carta Organisasi

stepCartaOrg.jpg
Muat Turun Dokumen


STEAM Programs Guidebook ​


​Guidebook​ for initiating Green-Schools In Brunei Darussalam

Why STEAM?​



*Updated 26.05.2025