Penubuhan Majlis Pelajaran Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (MPK NBD) telah dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia semasa Sambutan Hari Guru Ke-9 pada 23 September 1999, yang mana peranan MPK NBD adalah membuat saranan kepada Dasar dan Perkembangan Pendidikan, merujuk Akta Pendidikan 2011, Bab 210, Bahagian III.
Pada 22 November 1999, MPK NBD telah bersetuju untuk menubuhkan Urus Setia Majlis Pelajaran Kebangsaan (UMPK) sebagai sekretariat kepada MPK NBD yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan.
Usaha UMPK juga adalah untuk mendukung pelaksanaan Pelan Strategik Kementerian Pendidikan 2023-2027 selaku Pemangkin Bersilang bagi memastikan Tadbir Urus dan Dasar yang Berkesan.
|